Merong Mahawangsa bin..bin..Alexender deGreat..

eh...ada lg blog ni..;P

Diriwayatkan sebuah kisah...
pada purnama Febuari yang dinanti-nanti,
3 anak muda berani diri, berkorban masa menyelusiri manusia2 di kota besi, ke pavilion tempat yang ditujui. Tanpa mereka sedari, kertelewatan masa hampir-hampir menggugat niat dihati. Namun, takdir masih menyebelahi, tiket ditempah masih di kaunter dan belum dimiliki.
Setelah matahari hampir menyinsingkan diri...bermulalah pertunjukkan pujangga...hikayat merong mahawangsa cerita yang akan diselami~~~

Dipendekkan cerita...3 anak muda berpuas hati...beginilah cerita melayu yang perlu diekpresi.
pantun si bonda merong gagal diingati, tatapi ayat kemawas durjana mudah pula lidah mereka ulangi...huh.

Adapun ayat-ayat pujangga sangat seronok didengari...ayat ini paling hamba gemari...

'Sekalian suku,
Dengarlah kata-kataku.
Sudah banyak purnama, Taji Geruda menconteng arang di muka kita.
Memarutkan hati, mencantas tangan dan kaki.
Ya hamba raja kamu semua tapi untuk hari ini hamba serupa macam tuan hamba semua.
Darah yang mengalir sama merahnya sama pekatnya, kita bernafas angin yang sama.
Bumi yang kini dipijak, langit yang kita junjung, semuanya hak kita dan anak cucu kita.
Hari ini mungkin ada yang takkan kembali, ramai, atau mungkin semua sekali akan rebah ke bumi.
Tapi apa gunanya hidup lama kalau tidak bebas dan merdeka dari porak peranda Geruda?
Sampai bila anak dara dan teruna kita mahu dijadikan mangsa rakusnya lanun celaka?
Ya kita berjuang akan merampas tunangannya Putera dari Rom ini, tapi bukan itu sahaja sebabnya.
Kita juga akan merampas maruah kita.
Daulatnya Langkasuka, bukan sahaja daulat hamba, tapi daulat tanah kita semua.
Hamba lebih rela mati dari hidup sebagai abdi, hamba kepada ketakutan dan keganasan binatang-binatang itu.
Demi maruah dan kesejahteraan negara kita, marilah bersama kita tebas petualang bangsa.
SERANGGGG!!!!!

sekian
Merong Mahawangsa

3 comments:

butterfly_fida86@yahoo.com said...

amboi..berbahasa klasik pulak.heee...

yela..tgk merong mahawangsa xajak pn..huhu...

idatazira said...

err 'binatang-binatang itu' merujuk kepade kemawas dan taji.
taji tu harimau, takdela takut sgt kan.
aku takut ngan kemawas, mcm binatang buas wei, dahlah suke skodeng bawah tudung saji.
huih, scary

nurulhuda said...

tahniah! aku ingat dah berkubur dah blog ni..huhu..

btw, aku ada sedikit musykil, aku rasa ko lg ingat dialog tudung saji kot dr dialog yg pjg berjela2 ni!!kih3 :P